PEMBENTANGAN PADA 12/7/11 - 14/7/11

Salam Sejahtera kepada pelajar2 yg disayangi 6AA dan 6AD:


Pembentangan dibuat berkaitan dengan tajuk Dasar Luar Malaysia. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan hand-out (NOTA) beserta 10 soalan (nak bagi lebih pun boleh) yang berkaitan dengan topik yang diberi. Diharapkan semoga pembentangan ini dapat menambah ilmu anda dan saya.

Tajuk Pembentangan:

1) EAS, ASEAN+3, ASEM
2) ASEAN - Tujuan penubuhan, Struktur Organisasi, Kelemahan (soalan meliputi semua yg berkaitan ASEAN)
3) ASEAN dan Kerjasama Politik - (ZOPFAN, SEANWFZ, ARF) dan Kejayaan ASEAN
4) ASEAN dan Isu Kemboja  - Latarbelakang isu Kemboja, Pendirian Malaysia, Peranan PBB dalam isu Kemboja
5) NAM - Latarbelakang, Perkembangan NAM dan Isu2 yang berkaitan
6) PBB - Pengenalan, Matlamat, Struktur Pertubuhan (
7) Majlis Ekonomi dan Sosial PBB - UNESCO, WHO, FAO, ILO, IMF, UNHCR, UNICEF
8) Misi Pengaman PBB, Malaysia dan PBB

Sekian, Terima Kasih.

Read More..

PENTADBIRAN PERSEKUTUAN (Jentera Pentadbiran Kerajaan)



PARLIMEN


Parlimen terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Sebagai satu badan perundangan, Parlimen terdiri dari Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat (dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih melalui pilihanraya), dan Dewan Negara (dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong)

Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong

Parlimen Malaysia terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menetukan belanjawan negara dan mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan. 


DEWAN NEGARA

  • Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. 
  • Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. 
  • Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.
  • Menurut Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara mempunyai 69 orang anggota yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada kalangan rakyat yang berjaya di dalam ikhtisas dan juga wakil kaum minoriti seperti wakil orang asli.
  • Dalam perlantikan tersebut Yang Di Pertuan Agong akan mengikut nasihat Perdana Menteri. Manakala 29 orang anggota yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri daripada 13 buah negeri, 2 orang daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang wakil daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Seseorang yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka ialah selama 3 tahun.



STRUKTUR ORGANISASI


Sistem dan struktur organisasi Kerajaan Malaysia mengandungi tiga (3) komponen utama iaitu :-

a) Badan Perundangan (Legislative)
b) Badan Pemerintah (Executive)
c) Badan Kehakiman (Judicirial)
  • Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Utama negara mengetuai tiga badan kerajaan. Pemerintahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya pemumpuan kausa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. Inilah yang dimaksudkan "Doktrin Pemisahan Kuasa" . 
  • Idea ini dicetuskan oleh Motesquieu,ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis dalam abad 18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini bertujuan supaya kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.
  • Badan Perundangan (Legislative) hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa yang lain. 
  • Badan ini dikenali sebagai Parlimen Malaysia dan mengandungi tiga elemen utama iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 
  • Segala undang-undang yang dibawa ke Parlimen hendaklah dan mestilah diluluskan oleh ketiga-tiga elemen tersebut. 
  • Dalam hal ini, Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan ataupun membubarkan Parlimen diatas nasihat Jemaah Menteri. Namun begitu, Yang Di Pertuan Agong tidak perlu menghadiri sidang Parlimen kecuali bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen.


  • Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjwab dari segi perlembagaan. 
  • Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang. Kuasa perundangan ini telah ditetapkan oleh Perelmbagaan Persekutuan Malaysia. Penggubalan undang-undang alam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. 
  • Badan perundangan Persekutuan dan Negeri adalah tidak tertinggi, mereka hanya menggubal undang-undang dalam sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, yang membuat undang-undang adalah Parlimen Malaysia. 
  • Undang-undang sebelum Hari Kemerdekaan terus berkuatkuasa di negara ini sehingga pindaan atau pembatalan terhadanya dibuat oleh badan-badan berkuasa tertentu. Sehingga kini sudah banyak pindaan dan pembatalan telah dibuat.
  • Dewan Negara adalah Majlis tertinggi atau dikenali dengan nama "Senate". 
  • Dewan Negara akan membahaskan suatu rang undang-undang dengan lebih terperinci berbanding dengan Dewan Rakyat dan untuk membincangkan mengenai perkara-perkara kepentingan umum, Dewan Negara mempunyai 69 ahli dimana 40 adalah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan 26 lagi dari ahli Dewan Undangan Negeri.
  • 40 orang yang dilantik adalah dari kalangan orang yang membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam dan atau mencapai kepujian dalam lapangan profesion perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil kaum asli.
  • Sementera 26 orang daripada ahli Dewan Undangan Negeri terdiri dari dua orang wakil bagi setiap negeri, dua dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik Yang Di Pertuan Agong. 
  • Tempoh jawatan ahli Dewan Negara adalah 3 tahun dan jawatan tidak terhenti sekiranya berlaku pembubaran Parlimen. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat daripada dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenakan. 
  • Dewan Negara tidak berkuasa membuat pindaan jika pindaan itu tidak diterima oleh Dewan Rakyat.


  • Dewan Rakyat merupakan satu Majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui Wakil Rakyat mereka. Kesemua ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya yang mewakili kawasan pilihanraya di seluruh Malaysia. 
  • Seseorang ahli hanya mewakili sebuah kawasan pilihanraya tetapi ada juga beberapa orang mewakili dua kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. 
  • Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen telah dibubarkan. Ahli Dewan Rakyat boleh berhenti menjadi ahli Dewan dengan menulis surat kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Dia juga dianggap berhenti jika :- a) hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan b) tidak hadir dala mesyuarat Dewan selama enam bulan berterusan tanpa mendapat izin Dewan (Perkara 52 Perlembagaan Persekutuan) atau c) jika tidak menghadiri mesyuarat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh Dewan mula bersidang selepas pilihanraya
  • Tiap-tiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah setia kepada Malaysia dan Perlembagaan sebelum mengambil tempatnya. Yang Di Pertua Dewan boleh dipilih daripada ahli Dewan ataupun orang lain yang difikirkan layak untuk dipilih.
  • Jika orang lain yang dipilih maka dia dianggap sebagai ahli Dewan tambahan. beliau tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri, Timbalan menteri atau Setiausaha Parlimen dan tidak boleh mengundi dalam sebarang perbahasan. Seorang Yang di Pertua juga dipilih dan mestilah dipilih daripada ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat juga mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.
  • Badan Kehakiman (Judicirial) adalah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini. Mengiktu Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan. 
  • Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terletak di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan. Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi

Read More..

KERJASAMA SERANTAU ASEAN


KERJASAMA SERANTAU : ASEAN

i. ASEAN : Pertubuhan negara-negara Asia Tenggara di tubuhkan pada tahun 1967 di  Bangkok, Thailand

ii. Negara anggota : semua 10 buah negara Asia Tenggara

iii. Kerjasama dalam ASEAN :
a. perdagangan antara negara ASEAN
b. perluasan saiz pasaran
c. perkongsian teknologi , R&D, dan inovasi baru
d. perkongsian pelaburan modal dan kewanagan
e. saling melengkapi dalam aspek bahan mentah, pengkhususan pengeluaran dan perkhidmatan
f. pengaliran tenaga buruh dan kepkaran
g. penjagaan alam sekitar

iv. Halangan dalam kerjasama ASEAN
a. persaingan sesama negara pengeluar- barangan yang sama
b. kejatuhan nila mata wang
c. kuasa beli pasaran tidak sama

KERJASAMA EKONOMI SERANTAU : SEGI TIGA PERTUMBUHAN ASEAN

i. KONSEP SEGITIGA PERTUMBUHAN : merujuk kepada kerjasama ekonomi pada kawasan yang lebih kecil di dalam wilayah asean melibatkan tiga atau empat buah negara yang berjiran/sempadan

ii. KAWASAN SEGITIGA PERTUMBUHAN : 
a. IMS-GT - Indonesia, Malaysia, Singapura - Growth Triangle (Selatan)
b. IMT-GT - Indonesia, Malaysia, Thailand - Growth Triangle (Utara)
c. EAGA-BIMP - East Asia Growth Area - Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina

iii. Rancangan pembangunan ekonomi Segitiga Petumbuhan
a. pembangunan sektor pelancongan- pulau langkawi, pulau phuket, kepulauan     riau
b. pembangunan sektor pengangkutan- transborneo, link kedua, feri pulau langkawi ke pulau phuket dan acheh
c. pembangunan sektor telekomunikasi- internet asean, pertukaran rancangan tv
d. pembangunan sektor pertanian dan perikanan
e. kerjasama sektor perhutanan
f. kerjasama infrastruktur fizikal
g. pembangunan sektor perindustrian

iv. Kepentingan dan saling bergantung menerusi kerjasama segitiga pertumbuhan ASEAN
a. mempercepatkan pembangunan sumber alam di kawasan yang terbabit
b. perluasan pasaran dan perdagangan
c. perkongsian pelaburan modal
d. perkongsian teknologi, R&D, dan inovasi baru
e. pengaliran buruh dan tenaga pakar

v. Masalah-masalah dalam kerjasama segitiga pertumbuhan ASEAN
a. kegawatan ekonomi serantau-menjejaskan nilai matawang-banyak projek dirancang dibatalkan
b. masalah fizikal- bentuk muka bumi- bergunung ganang, berpulau, sukar memajukan infrastruktur-jalanraya, lebuh raya
c. masalah teknologi dan kepakaran yang rendah
d. masalah politik- tuntutan bertindih, pulau batu puith, ancaman lanun dari filipina
e. masalah pasaran terhad- penduduk jarang, miskin, kuasa beli rendah

Read More..

FORMAT PEPERIKSAAN PENGAJIAN AM



Bentuk Peperiksaan :
Mengikut Format Baru Peperiksaan STPM 2005


PENGAJIAN AM KERTAS 1 (900/1)Bahagian: Bahagian Kenegaraan, Bahagian Dasar Dalam dan Luar Negara, Bahagian isu semasa serta penyelesaian masalah.

Jumlah soalan: 60 soalan(Aneka Pilihan).Jawab semua soalan.

Jumlah markah: 60

Masa: Dua (2) jam

Wajaran: 37.5%



PENGAJIAN AM KERTAS 2 (900/2)Bahagian: A, B, C, D dan E

Masa: 3 jam

Wajaran: 62.5%


Bahagian A: Esei laras sastera.
- 2 soalan (Jawab satu sahaja)
- Jumlah markah: 25

Bahagian B: Esei laras sains.
- 2 soalan (Jawab satu sahaja)
-Jumlah markah: 25

Bahagian C: Kefahaman dan ulasan teks.
- 4 petikan (2 petikan laras sastera dan 2 petikan laras sains)
- Jawab satu petikan bagi setiap laras.
- Jumlah markah: 20

Bahagian D: Mengalih bentuk teks linear kepada bukan linear- Jumlah soalan: 2 soalan (Jawab satu sahaja)
- Jumlah markah: 15

Bahagian E: Mengalih Bentuk teks bukan linear kepada linear- Jumlah soalan: 2 soalan (Jawab satu sahaja)
- Jumlah markah: 15

Read More..

GELANDANGAN



Definisi

Orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap atau layak dalam wilayah tertentu dan hidup mengembara ditampa umum. Berasal daripada maksud gelandang iaitu selalu mengembara atau kelana

Faktor berlakunya kebanjiran gelandangan

  • Tidak produktif, enggan berubah dan tidak kisah dengan kehidupan yang miskin – contohnya seseorang itu sesuai dengan sektor perladangan yang memerlukan tenaga yang lebih sedangkan golongan ini lebih rela berpeleseran dan mendapatkan ehsan daripada orang ramai untuk mendapatkan makanan
  • Pembangunan ekonomi dan sosial yang tidak sekata – berlaku jurang yang sangat besar – yang miskin akan selamanya miskin, yang kaya akan terus kaya  – contoh :  Indonesia.
  • Kekurangan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan – tidak mempunyai kelayakan disebabkan tiada pendidikan formal
  • Ingin bebas daripada keluarga dan tanggungjawab – di AS, orang yang tidak mempunyai alamat tidak dipaksa menjadi anggota tentera. Biasanya pemuda yang berumur antara 18 hingga 27 tahun dipaksa menjadi tentera.
  • Kemiskinan individu dan keluarga
  • Akses kepada informasi dan modal terbatas

Langkah mengatasi

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menangani isu ini. 
      Jawatankuasa itu diwujudkan Mac lalu dan dipengerusikan ketua setiausahanya. Gelandangan dibahagikan kepada enam kategori, merujuk kepada golongan miskin tanpa rumah atau kerja, ada kerja tidak tetap dan tidak mampu memiliki rumah, pengemis atau individu berpeleseran, pesakit mental, penagih dan penghidap HIV.

Pembinaan rumah transit yang membekalkan makanan dan tempat tinggal

Kaunter khas untuk mendaftar golongan gelendangan di ibu kota untuk mencari pekerjaan

        Golongan ini pernah ditawarkan pekerjaan di sektor perladangan, pengeluaran dan restoran tetapi masalah yang bagaikan tiada noktah itu adalah kerana sikap kutu rayau itu sendiri.

Program Jabatan Tenaga Kerja dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan golongan itu kerja juga tidak mendapat sambutan seperti diharapkan apabila kebanyakan mereka kembali kepada keadaan asal selepas beberapa hari bekerja.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed, berkata melalui program pendaftaran dan penempatan golongan gelandangan dan pencari kerja yang dijalankan bermula 22 Februari hingga 20 April 2010, ada 137 golongan gelandangan mendaftar. Daripada jumlah itu, 41 orang berjaya diberikan pekerjaan dan selebihnya masih menganggur. Daripada 41 orang yang berjaya mendapat kerja pula, 20 saja yang kekal dan jumlah selebihnya melarikan diri atas sebab tertentu, termasuk mendakwa tidak sesuai dengan pekerjaan ditawarkan.

Golongan majikan pula bersikap berhati-hati untuk memilih gelandangan menjadi pekerja mereka kerana ada di antara mereka yang mempunyai rekod jenayah berulang dan penagih dadah.

JKM menjalankan proses ‘profiling’ untuk mengetahui jumlah sebenar golongan ini termasuk latar belakang dan faktor mereka hidup bergelandangan

Melalui maklumat NGO yang membantu golongan berkenaan termasuk yang memberikan makanan secara percuma, ada kira-kira 1,000 gelandangan di sekitar ibu negara tetapi data terperinci mengenai golongan itu sedang dikumpulkan.

Pelbagai pihak kini sedang berusaha mengumpulkan maklumat berkaitan perkara ini, termasuk agensi yang terbabit adalah JKM, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Belia dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), enam NGO dan sebuah syarikat pembekal makanan segera     

Read More..

 

Copyright © 2011 PA BERSAMA CIKGU MIMI | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER