GELANDANGAN



Definisi

Orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap atau layak dalam wilayah tertentu dan hidup mengembara ditampa umum. Berasal daripada maksud gelandang iaitu selalu mengembara atau kelana

Faktor berlakunya kebanjiran gelandangan

  • Tidak produktif, enggan berubah dan tidak kisah dengan kehidupan yang miskin – contohnya seseorang itu sesuai dengan sektor perladangan yang memerlukan tenaga yang lebih sedangkan golongan ini lebih rela berpeleseran dan mendapatkan ehsan daripada orang ramai untuk mendapatkan makanan
  • Pembangunan ekonomi dan sosial yang tidak sekata – berlaku jurang yang sangat besar – yang miskin akan selamanya miskin, yang kaya akan terus kaya  – contoh :  Indonesia.
  • Kekurangan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan – tidak mempunyai kelayakan disebabkan tiada pendidikan formal
  • Ingin bebas daripada keluarga dan tanggungjawab – di AS, orang yang tidak mempunyai alamat tidak dipaksa menjadi anggota tentera. Biasanya pemuda yang berumur antara 18 hingga 27 tahun dipaksa menjadi tentera.
  • Kemiskinan individu dan keluarga
  • Akses kepada informasi dan modal terbatas

Langkah mengatasi

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menangani isu ini. 
      Jawatankuasa itu diwujudkan Mac lalu dan dipengerusikan ketua setiausahanya. Gelandangan dibahagikan kepada enam kategori, merujuk kepada golongan miskin tanpa rumah atau kerja, ada kerja tidak tetap dan tidak mampu memiliki rumah, pengemis atau individu berpeleseran, pesakit mental, penagih dan penghidap HIV.

Pembinaan rumah transit yang membekalkan makanan dan tempat tinggal

Kaunter khas untuk mendaftar golongan gelendangan di ibu kota untuk mencari pekerjaan

        Golongan ini pernah ditawarkan pekerjaan di sektor perladangan, pengeluaran dan restoran tetapi masalah yang bagaikan tiada noktah itu adalah kerana sikap kutu rayau itu sendiri.

Program Jabatan Tenaga Kerja dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan golongan itu kerja juga tidak mendapat sambutan seperti diharapkan apabila kebanyakan mereka kembali kepada keadaan asal selepas beberapa hari bekerja.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed, berkata melalui program pendaftaran dan penempatan golongan gelandangan dan pencari kerja yang dijalankan bermula 22 Februari hingga 20 April 2010, ada 137 golongan gelandangan mendaftar. Daripada jumlah itu, 41 orang berjaya diberikan pekerjaan dan selebihnya masih menganggur. Daripada 41 orang yang berjaya mendapat kerja pula, 20 saja yang kekal dan jumlah selebihnya melarikan diri atas sebab tertentu, termasuk mendakwa tidak sesuai dengan pekerjaan ditawarkan.

Golongan majikan pula bersikap berhati-hati untuk memilih gelandangan menjadi pekerja mereka kerana ada di antara mereka yang mempunyai rekod jenayah berulang dan penagih dadah.

JKM menjalankan proses ‘profiling’ untuk mengetahui jumlah sebenar golongan ini termasuk latar belakang dan faktor mereka hidup bergelandangan

Melalui maklumat NGO yang membantu golongan berkenaan termasuk yang memberikan makanan secara percuma, ada kira-kira 1,000 gelandangan di sekitar ibu negara tetapi data terperinci mengenai golongan itu sedang dikumpulkan.

Pelbagai pihak kini sedang berusaha mengumpulkan maklumat berkaitan perkara ini, termasuk agensi yang terbabit adalah JKM, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Belia dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), enam NGO dan sebuah syarikat pembekal makanan segera     

1 comment

mohd fardie bin sakimin 28 September 2015 at 05:16

salam sejahtera. masalah gelandangan pada masa kini telah menjadi salah satu fenomena masalah yang tidak asing lagi dalam pemikiran masyarakat dalam negara. Ingin saya utarakan kepada anda, apakah penambahan yang telah kerajaan laksanakan untuk membasmi masalah gelandangan pada masa kini selain dari yang biasa ketahui?adakah isu ini sering diketengahkan dalam perbincangan Dewan parlimen? Mohon penjelasan dengan lebih jelas. Sekian terima kasih.

Post a Comment

 

Copyright © 2011 PA BERSAMA CIKGU MIMI | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER