PENTADBIRAN PERSEKUTUAN (Jentera Pentadbiran Kerajaan)



PARLIMEN


Parlimen terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Sebagai satu badan perundangan, Parlimen terdiri dari Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat (dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih melalui pilihanraya), dan Dewan Negara (dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong)

Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong

Parlimen Malaysia terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menetukan belanjawan negara dan mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan. 


DEWAN NEGARA

  • Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. 
  • Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. 
  • Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.
  • Menurut Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara mempunyai 69 orang anggota yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada kalangan rakyat yang berjaya di dalam ikhtisas dan juga wakil kaum minoriti seperti wakil orang asli.
  • Dalam perlantikan tersebut Yang Di Pertuan Agong akan mengikut nasihat Perdana Menteri. Manakala 29 orang anggota yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri daripada 13 buah negeri, 2 orang daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang wakil daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Seseorang yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka ialah selama 3 tahun.



STRUKTUR ORGANISASI


Sistem dan struktur organisasi Kerajaan Malaysia mengandungi tiga (3) komponen utama iaitu :-

a) Badan Perundangan (Legislative)
b) Badan Pemerintah (Executive)
c) Badan Kehakiman (Judicirial)
  • Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Utama negara mengetuai tiga badan kerajaan. Pemerintahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya pemumpuan kausa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. Inilah yang dimaksudkan "Doktrin Pemisahan Kuasa" . 
  • Idea ini dicetuskan oleh Motesquieu,ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis dalam abad 18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini bertujuan supaya kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.
  • Badan Perundangan (Legislative) hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa yang lain. 
  • Badan ini dikenali sebagai Parlimen Malaysia dan mengandungi tiga elemen utama iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 
  • Segala undang-undang yang dibawa ke Parlimen hendaklah dan mestilah diluluskan oleh ketiga-tiga elemen tersebut. 
  • Dalam hal ini, Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan ataupun membubarkan Parlimen diatas nasihat Jemaah Menteri. Namun begitu, Yang Di Pertuan Agong tidak perlu menghadiri sidang Parlimen kecuali bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen.


  • Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjwab dari segi perlembagaan. 
  • Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang. Kuasa perundangan ini telah ditetapkan oleh Perelmbagaan Persekutuan Malaysia. Penggubalan undang-undang alam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. 
  • Badan perundangan Persekutuan dan Negeri adalah tidak tertinggi, mereka hanya menggubal undang-undang dalam sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, yang membuat undang-undang adalah Parlimen Malaysia. 
  • Undang-undang sebelum Hari Kemerdekaan terus berkuatkuasa di negara ini sehingga pindaan atau pembatalan terhadanya dibuat oleh badan-badan berkuasa tertentu. Sehingga kini sudah banyak pindaan dan pembatalan telah dibuat.
  • Dewan Negara adalah Majlis tertinggi atau dikenali dengan nama "Senate". 
  • Dewan Negara akan membahaskan suatu rang undang-undang dengan lebih terperinci berbanding dengan Dewan Rakyat dan untuk membincangkan mengenai perkara-perkara kepentingan umum, Dewan Negara mempunyai 69 ahli dimana 40 adalah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan 26 lagi dari ahli Dewan Undangan Negeri.
  • 40 orang yang dilantik adalah dari kalangan orang yang membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam dan atau mencapai kepujian dalam lapangan profesion perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil kaum asli.
  • Sementera 26 orang daripada ahli Dewan Undangan Negeri terdiri dari dua orang wakil bagi setiap negeri, dua dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik Yang Di Pertuan Agong. 
  • Tempoh jawatan ahli Dewan Negara adalah 3 tahun dan jawatan tidak terhenti sekiranya berlaku pembubaran Parlimen. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat daripada dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenakan. 
  • Dewan Negara tidak berkuasa membuat pindaan jika pindaan itu tidak diterima oleh Dewan Rakyat.


  • Dewan Rakyat merupakan satu Majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui Wakil Rakyat mereka. Kesemua ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya yang mewakili kawasan pilihanraya di seluruh Malaysia. 
  • Seseorang ahli hanya mewakili sebuah kawasan pilihanraya tetapi ada juga beberapa orang mewakili dua kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. 
  • Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen telah dibubarkan. Ahli Dewan Rakyat boleh berhenti menjadi ahli Dewan dengan menulis surat kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Dia juga dianggap berhenti jika :- a) hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan b) tidak hadir dala mesyuarat Dewan selama enam bulan berterusan tanpa mendapat izin Dewan (Perkara 52 Perlembagaan Persekutuan) atau c) jika tidak menghadiri mesyuarat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh Dewan mula bersidang selepas pilihanraya
  • Tiap-tiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah setia kepada Malaysia dan Perlembagaan sebelum mengambil tempatnya. Yang Di Pertua Dewan boleh dipilih daripada ahli Dewan ataupun orang lain yang difikirkan layak untuk dipilih.
  • Jika orang lain yang dipilih maka dia dianggap sebagai ahli Dewan tambahan. beliau tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri, Timbalan menteri atau Setiausaha Parlimen dan tidak boleh mengundi dalam sebarang perbahasan. Seorang Yang di Pertua juga dipilih dan mestilah dipilih daripada ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat juga mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.
  • Badan Kehakiman (Judicirial) adalah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini. Mengiktu Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan. 
  • Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terletak di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan. Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi

Post a Comment

 

Copyright © 2011 PA BERSAMA CIKGU MIMI | Powered by Blogger | Template by 54BLOGGER